Penyanyi Siti Sarah mengundang perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video ditegur oleh suaminya, Shuib Sepahtu ketika menggayakan turban.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Dia ni kalau tak puas hati dia kejar dan kutuk depan muka @shuibsepahtu melampau betul.

Die ni kalau tak puas hati die kejar dan kutuk depan muke @shuibsepahtu melampau betul .. saya boleh naik hantu ... youtube siti sarah channel boleh tengok kejadian sebenar!! dan ingat ye your time will come??

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


"Saya boleh naik hantu..Youtube siti sarah channel boleh tengok kejadian sebenar!!

"Dan ingat ye your time will come," tulis Sarah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu.

Malah, segelintir pengikut bersetuju dengan teguran Shuib mengenai fesyen turban.

"@myjuaa: Bagus la dapat suami macam shuib tu, dapat tegur mana yang kurang sesuai dari segi pemakaian si isteri..Tu bukan kepada menutup aurat tapi lebih kepada fesyen."

"@linda_off9184: Suami tu tegur mungkin ada sebabnye Sarah..Sarah nampak cantik..Nampak moden..Tapi tak sesuai tuk berhijab sebab aurat leher dan dada masih nampak..

"@_syklamohd: Abang shuib sayang akak..Jeles tengok abang Shuib dengan kak Siti Sarah. Ramai yang impikan couple goal macam akak..Dia bukan hina akak..Sweet gila weh."

"@fiza_mustapha: Walaupun macam lawak apa yang shuib cakap..Tapi serius dia dah tegur sebagai suami."

"@ashrajer11: Bagus abang shuib..Walaupun lucu but ia bermanfaat..Turban is not a muslim hijab..Wearing hijab not only cover your hair..Terbaik."

Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.