Gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi terutamanya di Palu sungguh dasyat sehingga banyak nyawa terkorban dan kerosakan harta benda yang teruk.

Apa yang dilalui oleh penduduk Palu sungguh menyayat hati. Iringan doa buat mereka yang telah pergi. Yang pergi, tetap jua pergi, namun buat mereka yang terselamat, perlu meneruskan dan membina kembali kehidupan mereka.



Bukan sesuatu yang mudah apabila hampir keseluruhannya musnah. Oleh kerana itu, Astro dan Maxis mengambil inisiatif menyediakan platform untuk mengumpul dana untuk membina semula sekolah dan pusat komuniti di Palu.

Untuk anda menyumbang, anda boleh ke new.astro.com.my dan sumbangan anda akan disalurkan untuk membantu mengurangkan beban membangunkan kembali Palu yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami.

Semoga sumbangan anda dapat membantu negara jiran kita yang sangat-sangat memerlukan. Sekali lagi, anda boleh ke new.astro.com.my untuk menghulurkan sumbangan.

Kredit Gambar: The Jakarta Post