Penyanyi Nourul Wahab berhasrat untuk menamakan anak keempatnya Isabella sekiranya dikurniakan anak perempuan.

Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkata, nama itu dipilih kerana dia terlalu meminati penyanyi rock negara, Amy Search.

“Niat di hati kalau perempuan nak namakan #isabella sebab minat dengan @aku.amysearch.

“Kalau lelaki, haaaa kena bukak buku nama lah nampaknya hahahaa. Tak prepare! Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat semua hambaNya,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.

View this post on Instagram

Terkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke 4 pun dok rasa excited Sama macam anak first . Saya decided untuk kongsi Kan Rahmat allah ini dnegan semua. . Nanti bilik bersalin je lah tak boleh masuk ya. Tak boleh tengok. Kalau kita ornag putih pun, tak boleh tengok yang kena censored . Tak elok snagat aih Kan na . Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa. . Niat di hati kalau perempuan nak namakan #isabella sebab minat dengan @aku.amysearch ??? . Kalau lelaki, haaaa kena bukak buku nama lah nampaknya hahahaa. Tak prepare! . Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat semua hambaNya ?? . #deppfamily #thedepps #no4 #no3 #littledepp #littledeppinasia

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Berkongsi tentang kehamilannya, Nourul memberitahu berasa sungguh teruja walaupun hamil anak keempat

“Terkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke 4 pun masih rasa excited sama macam anak pertama.

“Saya decided untuk kongsi kan Rahmat allah ini dengan semua. Nanti bilik bersalin je lah tak boleh masuk ya.

“Tak boleh tengok. Kalau kita orang putih pun, tak boleh tengok yang kena censored . Tak elok sangat aih kan na .

“Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa,” coretnya.

Terdahulu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.