Penyanyi terkenal, Ning Baizura telah berkongsi sekeping foto 'throwback' ketika berusia 16 tahun menerusi sebuah entri di Instagramnya.

Perkongsian itu dibuat untuk menyahut cabaran pelakon popular, Fazura yang turut memuat naik foto lamanya ketika berusia 12 tahun.

"'Saya sahut cabaran Fazura, ini gambar saya ketika berusia 16 tahun ketika pergambaran video muzik lagu Curiga," tulisnya sebagai kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan rapat Ning memuji penampilannya di zaman itu.

Lebih menarik perhatian apabila Fazura sendiri turut memberikan komen.

"Dari dulu hingga sekarang saya memang peminat tegar dan hafal semua lagu Ning Baizura, Ning tetap ratu!" tulisnya.

Sunday Humour-Humor Ahad hahahaah sahut cabaran @missfazura here u go sistah.. this is me at 16 A kajang girl 1st music video shoot .. for Curiga.. like the ?? So how sistah? Amacam?? #minahcowboy #posekekok #muderemaja #sweet16 #tajaanpakaianMunloong #sayatakkesah

A post shared by Ning Baizura (@ningdalton) on


Ning mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekita tahun 1992 dan berjaya membina popularitinya menrusi nyanyian dalam genre pop dan R&B sehingga kini.