Pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia terpaksa bersanding seorang diri kerana semua persiapan perkahwinan sudah pun siap.

Justeru, Zulin telah memberitahu kepada sesiapa yang ingin menjadi suaminya kelak perkahwinannya nanti percuma kerana semua telah ditaja oleh pihak perancang perkahwinan.

“Cantiknyaaaa..Zulin suka sangat.. Dah siap dah baju pengantin.

“Biarpun sanding sorang-sorang, Kak Nor (penaja) tetap jugak teruskan sponsor Zulin.
Semoga dilimpahkan rezeki,amin amin ya rab.

“Wahai future husband,kita kahwin free..semua Kak Nor nak buatkan.. tapi kalau awak tak wujud kat dunia ni,atleast saya dah merasa ...”
tulisnya.

Zulin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian itu Zulin turut memuat naik video yang menunjukkan baju pengantin berwarna putih yang sepatutnya dipakai di hari bahagianya.

Pada awal bulan ini, Zulin mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Zulin bertemu dengan jodoh yang baik dengan segera.

Cantiknyaaaa..zulin suka sangat2.. Dah siap dah baju?? @mahligai_dlia_jane_bridal ?.Terima kasihhhh ? Biarpun sanding sorang2, kak nor tetap jugak teruskan sponsor zulin. Semoga @mahligai_dlia_jane_bridal dilimpahkan rezeki,amin amin ya rab. Wahai future husband,kita kahwin free..semua kak nor nak buatkan.. tapi kalau awak tak wujud kat dunia ni,atleast saya dah merasa ...? #sayakuat?

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on