Filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie meraih kutipan sebanyak RM22 juta dalam 18 hari tayangan.

Memulakan tayangan rasmi pada 27 September lalu, filem ini mendapat penerimaan di luar jangkaan daripada penonton.

Laman sosial dihujani dengan respon positif daripada peminat yang menginginkan lebih banyak filem aksi seperti PASKAL The Movie di Malaysia daripada pembikinan filem.





Apa yang lagi menarik terdapat segelintir penonton yang berminat untuk menyertai pasukan elit PASKAL selepas menonton filem tersebut.



Malah ada penonton yang sanggup menonton filem PASKAL sebanyak 10 kali tanpa jemu.



Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini telah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!