Filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie kekal mendapat sambutan hangat di pawagam.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, PASKAL The Movie kekal menjadi pilihan ramai penonton wayang, malah ada yang menontonnya lebih daripada 3 kali!

Dalam pada itu, filem PASKAL The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM16 juta dalam 10 hari tayangan.

Filem ini diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw dan diperkatakan banyak pihak.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!