Pengurus kepada penyanyi Noryn Aziz yang dikenali sebagai Kak Suraya dikejarkan ke hospital selepas berlaku kemalangan kecil di belakang pentas sebaik sahaja selesai konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5) malam tadi.

Noryn yang berkongsi perkara tersebut memberitahu, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas kejadian itu berlaku.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, saya diberitahu dia terjatuh dan katanya, seperti ada sesuatu yang menolaknya dari belakang.

“Selepas mendapati sebelah bahu dan kakinya sukar untuk bergerak, dia terus dikejarkan ke hospital oleh paramedik,” ceritanya kepada Gempak

Noryn ditemui selepas Konsert GV5 minggu ketiga berakhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Bimbang dengan apa yang berlaku, Noryn berharap pengurusnya tidak mengalami kecederaan serius dan segera sembuh.

“Saya harap dia baik-baik sahaja walapun bimbang juga bila melihat keadaannya tadi.

“Saya doakan dia segera sembuh kerana dia yang menjadi tulang belakang saya serta yang banyak membantu terutama di GV5 ini,” katanya lagi

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.