Rupanya tarikh hari ini membawa makna istimewa buat Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kerana setahun yang lalu beliau mengumumkan berita kehamilannya kepada khalayak bersama majlis doa selamat.

Cerita tersebut yang dianggap #throwback dikongsi beliau menerusi akaun Instagramnya, @ctdk hari ini.

"Tahun lalu pada tarikh hari ini, 13 Oktober 2017, saya membuat pengumuman kehamilan dan juga majlis doa selamat.

"Alhamdulillah, selepas setahun, Aafiyah sudahpun menjangkau usia 7 bulan dan saya juga telah kembali bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada yang tak pernah jemu mendoakan saya dan keluarga," katanya.

Dalam status itu, beliau turut berkongsi beberapa foto pada majlis tersebut yang dihadiri ramai pengamal media.

Tahun lalu pada tarikh hari ini, 13 Oktober 2017, saya membuat pengumuman kehamilan dan juga majlis doa selamat. Alhamdulillah, selepas setahun, Aafiyah sudahpun menjangkau usia 7 bulan dan saya juga telah kembali bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada yang tak pernah jemu mendoakan saya dan keluarga.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Status Siti itu turut menarik perhatian netizen yang bersama bersyukur dan mendoakan agar kehidupan penyanyi kesayangan ramai itu terus bahagia serta diberkati.

"Alhamdulillah semoga dato CT selalu didalam rahmat Allah," kata @rianacookwithlove.

Netizen juga dikenali sebagai @impianiesya mendoakan penyanyi itu dimurahkan rezeki.

"lovee mak iti minat dari sekolah lagi smpai lah mak iti dh kawen and ada Aafiyah yang comel , semoga mak iti dalam rahmatNya @ctdk lots of loveee," kata @puanfararedzuan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @ctdk