Selebriti popular, Yana Samsudin bersama suami, Fadzil Zahari antara pasangan romantik yang sering berkongsi kisah mereka di media sosial untuk tatapan peminat dan mereka bersama ke mana sahaja biarpun bekerja sambil berbulan madu.

Dalam status terbaru di Instagram, @fadzilzahari, dia memuat naik gambarnya bersama isteri tercinta ketika sedang bercuti di Pantai Cherating, Kuantan.

"Bekerja sambil bercuti sambil 'honeymoon'," katanya membalas komen netizen di media sosial tersebut.

?

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on


Netizen juga menyifatkan aksi pasangan tersebut yang mempunyai seorang cahaya mata begitu bahagia dan cukup romantis.

Fadzil sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk mendapat anak kembar pada tahun depan dan berharap peminat mendoakan hasrat tersebut.

Dalam laporan media sebelum ini, pasangan ini memberitahu mereka membelanjakan sebanyak RM20,000 untuk kaedah permanian antara rahim (IUI) dalam usaha mendapatkan anak kedua.

Bagaimanapan, tiga kali percubaan tersebut gagal.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fadzilzahari