Bekas anggota KRU, Edry Abdul Halim tidak menyangka dia menerima 'hadiah' istimewa daripada anak sendiri yang mahu menghiburkan hati bapannya itu.
Cerita tersebut dikongsi Edry menerusi akaun Instagramnya, @edryabdulhalim yang memberitahu anak sulungnya, Emil membeli satu gelas kelab bola sepak Inggeris, Liverpool yang dihadiahkan padanya.
Edry sebenarnya menjangka anaknya itu membelikannya cendermata band muzik terkenal, The Beatles yang digemarinya sejak zaman remaja.
Bagaimanapun, Edry menganggap ia suatu yang menghiburkan padanya dengan tindakan Emil memberikan 'hadiah' istimewa itu.
Status Edry itu turut menarik perhatian netizen di media sosial yang juga terhibur dengan jenaka dua beranak itu.
"Ni betul2 berhijrah ni smpi turn into dark side..," kata @zulfarikmat.
Begitu juga, netizen dikenali sebagai @masturatasiah bertanya soalan pada Edry sama ada dia penyokong Manchester United atau Liverpool.
"Haha kena troll," kata @izzat304.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @edryabdulhalim
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di