Selepas ABPBH31, Fattah Amin Terima Anugerah Keusahawanan Pula!

Hiburan
Selepas ABPBH31, Fattah Amin Terima Anugerah Keusahawanan Pula!
Pelakon popular Fattah Amin telah menerima anugerah 'Top 100 Most Influential Young Entrepreneur 2018' semalam.

Fattah berkongsi detik istimewa ketika menerima anugerah itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, saya berasa sangat terharu menerima anugerah ini.

"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kepercayaan dalam melakukan pekerjaan saya.

"Saya sangat bersyukur dengan segala nikmat dalam kehidupan dan akan terus belajar untuk memperbaiki diri," tulisnya.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengucapkan tahniah terhadap Fattah, tidak ketinggalan selebriti terkenal Alvin Chong.

"Tahniah Fattah," tulisnya ringkas.
 

Selain itu, Fattah telah memenangi kategori Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Anugerah Pasangan Serasi Drama (bersama isterinya Fazura) dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) pada Ahad lalu.
 

Artikel Berkaitan