Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza memberitahu teringin untuk makan karipap Sira memandang itu ialah kuih kegemarannya di bulan Ramadan.

“Setiap kali bulan puasa saya akan cari Karipap Sira tetapi di sini (Kuala Lumpur) susah betul nak cari. Baru-baru ini saya teringin sangat nak makan Karipap Sira saya pusing satu KL tapi tak jumpa.

“Kalau balik Kuala Lipis memang saya akan beli kuih tersebut. Karipap sira intinya adalah sayur-sayuran, sama lebih kurang seperti popia sira cuma kiuh itu dalam bentuk karipap.

“Kalau setiap kali tiba bulan puasa, saya memang akan cari kiuh karipap sira pedas tu. Tapi memandangkan di KL tiada, dapat makan popia sira pun jadilah,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Dalam pada itu mengulas mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan, Datuk Siti memberitahu dia kini memperlahankan aktiviti nyanyian buat seketika.

“Ya saya berehat seketika kerana banyak komitmen dalam bidang perniagaan. Maksud rehat saya ialah rehat dari segi konsert-konsert atau persembahan besar.

“Kena pula pada bulan Ramadan ini, saya agak sibuk dengan bidang perniagaan di mana saya baru sahaja memperkenalkan koleksi baju Raya iaitu Creation Sesuci Lebaran 2016.

“Alhamdulilah, perniagaan tudung kolaborasi bersama Ariani juga semakin mendapat sambutan, jadi saya ambil masa ini untuk beri fokus kepada perniagaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Datuk Siti kini memperluaskan perniagaan produk kecantikkannya, SimplySiti menerusi sistem atas talian dengan kerjasama Amax Mall.