Rebut peluang tonton tayangan awal filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) bersama pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi Nazeera di Johor Bahru, Johor.

Tayangan awal GG2 eksklusif untuk warga Johor itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini iaitu 11 dan 12 Oktober.

GG2 bakal ditayangkan di tiga lokasi sekitar Johor Bahru iaitu MMU Kampus Johor, GSC Paradigm Mall dan TGV Tebrau.

Bukan sahaja dapat menonton GG2 lebih awal, malah penonton yang membeli tiket juga dapat berjumpa dengan pelakon utamanya Diana dan Ummi serta Jad Hidir dan pengarahnya, Umie Omar.

Istimewanya pada hari tayangan tersebut, penonton berpeluang membeli tiket sekaligus menambah sejumlah pembayaran untuk mendapatkan bandana serta T-shirt eksklusif dari GG2.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.

Heyyyy! Kami akan berada di MMU Johor pada Khamis ini, 11 Oktober bermula jam 2 petang. Jumpa anda di sana!! #GolGincu2

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

Hai! Be the 1st to watch Gol & Gincu Vol. 2! Dapatkan tiket Tayangan Awal di @gscinemas Paradigm Mall, Johor Bahru sekarang dan miliki Lanyard eksklusif #GolGincu2!

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

Mana orang-orang JB yang semuanya fun dan friendly tu? Gol & Gincu Vol. 2 bakal menemui anda semua di Jusco Tebrau pada hari Jumaat ini. Cuti kan? Jom join kami semua untuk tayangan awal filem #girlpower terbaik tahun ini. ? #golgincu2 #comingsoon #exclusive

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

1. GG2 Day Out @ MMU Kampus Johor
- 11 Oct 2018, 2pm - 4pm
- Diana Danielle, Jad Hidir & Umie Omar (Pengarah)

2. Tayangan Awal @ GSC Paradigm Mall, JB
- 12 Oct 2018, 3pm
- Diana Danielle, Ummi Nazeera & Jad Hidir & Umie Omar (Pengarah)
- Pay RM18 to get 1 tix + bandana

3. Tayangan Awal @ TGV Tebrau City
- 12 Oct 2018, 8pm
- Diana Danielle & Ummi Nazeera & Umie Omar (Pengarah)
- Pay RM30 to get 1 tix + Tshirt