Pelakon Zulin Aziz mengakui kesal apabila ada pihak yang mendakwa dirinya sengaja melakukan gimik untuk lancarkan single terbaharunya.

Menurut Zulin, perpisahannya dengan kekasih adalah bukan satu gimik yang dirancang sebaliknya perkara itu benar-benar terjadi.

"Sebabkan orang lain pernah buat gimik sampai benda betul pun dah tak ada siapa nak percaya.

"Menjadikan kesedihan saya sebagai satu gimik adalah satu penghinaan!

"Ada je caci maki saya dapat sejak semalam tapi yang mendoakan saya lebih banyak.

@aiyadsakti yg tolong saya ketika itu demi merialisasikan impian saya. Sebabkan org lain pernah buat gimik sampai benda betul pun dah tak ada siapa nak percaya.menjadikan kesedihan saya sebagai satu gimik adalah satu penghinaan! ade je caci maki saya dpt sejak semalam tp yg mendoakan saya lebih banyak. Saya takkan patah semangat . Tak jadi kahwin bukan bermakna saya kene sedih dan biarkan diri saya terus dibuli.saya kuat??

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on


"Saya takkan patah semangat. Tak jadi kahwin bukan bermakna saya kena sedih dan biarkan diri saya terus dibuli. Saya kuat," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Zulin tabah menempuhi ujian ini dan mendoakan agar dia akan mendapat jodoh yang lebih baik selepas ini.

Ahad lalu, Zulin mengesahkan bahawa dia telah berpisah dengan teman lelakinya walaupun telah menyiapkan sebuah lagu untuk kekasihnya itu.