Penyanyi Syafiq Farhain akui terkejut apabila diberitahu bapanya, Saleem sudah pun dibenarkan pulag dari hospital empat hari lalu.
Syafiq berkata melihat dari perkembangan kesihatan bapanya sebelum itu masih berada di dalam keadaan lemah justeru musykil bagaimana sudah dibenarkan pulang.
“Saya sempat menziarahi bapa dua kali ketika dia berada di hospital Kajang kerana ketika itu saya sibuk dengan program Big Stage dan hanya ada masa yang terhad.
“Selepas dipindahkan ke hospital HUKM saya berkesempatan juga menziarahinya dan keadaanya ketika itu masih lemah.
“Namun, saya terkejut bila diberitahu oleh adik tiri yang dia sudah pun dibenarkan keluar pada empat hari lalu.
“Pelik juga macam mana boleh cepat sangat dibenarkan pulang, sedangkan ketika saya melawatnya sebelum itu keadaannya masih teruk dengan badannya penuh wayar,” katanya kepada Gempak.
Syafiq ditemui di lokasi penggambaran filem Hero yang diadakan di Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah di sini, Selasa.
Bagaimanapun Syafiq berharap bapanya agar lekas sembuh seperti sedia kala.
“Ketika saya melawat ayah sedar, cuma nampak sangat tidak bermaya dan matanya hanya terbuka melihat kehadiran saya.
“Tetapi dengan keadaannya itu dia tidak dapat berkata-kata ketika itu.
“Apa-apa pun saya harap dia lekas sembuh seperti sedia kala,” katanya lagi.
Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu merupakan filem pertama Syafq.
Ia menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Bell Ngasri, Syafiq Farhain, Elisha Sandha dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Mengangkat kisah mengenai anggota bomba, filem itu dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.
Syafiqah Jalal
Wed Oct 10 2018
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!