Tindakan pelakon Ruhainies yang memuat naik foto bersama teman lelakinya ketika bercuti di United Kingdom mengundang kecaman netizen.

Gambar itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Saya tak boleh berhenti memandang dia," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen mengikut pendapat masing-masing.

Ada yang tampil memberikan kecaman dan komen negatif.

"Tak boleh berhenti pandang sebab dia pandu Mercedes, cuba kalau dia pandu Saga," tulis seorang netizen.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menasihati Ruhainies untuk mencari 'harta' sendiri dan tidak mengharapkan lelaki.

"Pergi lah cari harta sendiri, jangan harapkan lelaki," tulis netizen terbabit.

Ada juga peminat Ruhainies yang berfikiran positif dan mendoakan agar hubungannya bersama teman lelaki kekal sehingga ke jenjang pelamin.

I just can’t...... stop staring ?

A post shared by @ ruhainies7 on


Ruhainies mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan lebih dikenali selepas kemunculannya dalam drama Hello, Mr. Perfect! memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.