Penyanyi, guru muzik dan bintang program Big Stage, Sissy Imann, 22, sentiasa mendapat sokongan dan nasihat dari keluarga termasuklah aspek penggayaan dirinya.

Menurut Sissy, seluruh ahli keluarganya boleh dikatakan mempunyai minat yang sama dengan dirinya iatu muzik dan fesyen.

"Saya bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang sangat 'supportive', bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah mereka juga sering memberi pandangan serta sokongan dari segi penggayaan dan fesyen saya.

"Ramai yang tak tahu kebanyakkan anting-anting yang saya pakai ketika program Big Stage dibuat sendiri oleh ayah saya.

"Saya berasa bangga dan terharu kerana ayah saya bukanlah seorang pereka barang kemas, tetapi dia melakukannya sebagai tanda sokongan yang tak mungkin saya lupakan," katanya.

Sissy berkata demikian ketika ditemui di acara Gempak Movie Night Out, tayangan filem Venom bertempat di GSC, Quill City Mall pada malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Sissy telah tersenarai pendek sebagai salah seorang peserta program Dewi Remaja yang dijangka bermula tidak lama lagi.