Pelakon Hairul Azreen berkongsi foto sempena hari jadi isterinya, Hanis Zalikha kali ke-28.

Hairul memuat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

"Selamat hari lahir isteri yang tercinta @haniszalikha orang yang sentiasa bersama saya & percaya pada saya sepanjang masa, tanpa rasa ragu-ragu.

Selamat hari lahir isteri yang tercinta @haniszalikha org yang sentiasa bersama saya & percaya pada saya sepanjang masa, tanpa rasa ragu2, Terima kasih my bam bam terima kasih yakin dgn i dr dulu utk menjadi ketua keluarga , terima kasih jadi isteri yg hebat utk i, terima kasih jadi mommy yg terbaik utk Yusuf, semoga panjang umur & insyaallah sama2 ke jannah dgn izin Allah S.W.T

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


"Terima kasih my bam bam, terima kasih yakin dengan I dari dulu untuk menjadi ketua keluarga, terima kasih jadi dari isteri hebat untuk I, terima kasih jadi mommy yang terbaik untuk Yusof.

"Semoga panjang umur dan insyallah sama-sama ke Jannah dengan izin Allah S.W.T," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Hairul turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Hanis.

Dalam perkembangan lain, filem PASKAL The Movie lakonan Hairul telah meraih kutipan sebanyak RM 16 juta dalam 10 hari tayangan.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!