Sebelum ini anak lelaki pelakon Jasmin Hamid iaitu Ian Haziq pernah tular kerana dikatakan kacak dan diminati ramai.

Terbaharu ia sekali lagi menjadi perhatian apabila Jasmin seolah-olah meletakan syarat kepada sesiapa yang mahu menjadi menantunya.

“Siapa yang nak jadi menantu saya, kena pandai buat roti tisu sebab favorite Big Boss (anak).
Order kat mamak je, sudah..,” tulisnya.

Jasmin berkongsi gurauan itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Jasmin turut memuat naik foto anaknya sedang menikmati roti tisu itu.

Rata-rata pengikut IGnya dengan berseloroh menawarkan diri hendak menjadi menantu Jasmin.
Ian Haziq merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid Macquistan.

Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim yang dibela sejak wanita itu berusia 20 tahun.

Siapa yang nak jadi menantu saya, kena pandai buat #rotitisu sebab favorite Big Boss ?.. Order kat mamak je, sudah... ???? @ihmian Hebat Bukan? #foodhunter #bread #rezekidariallah #rezekianaksholeh #alhamdulillah #son #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on