Pelakon Yatt Hamzah berkongsi keadaan terkini dia sekeluarga diserang pelbagai penyakit.

Lebih menyentuh hati apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin yang kini berada di Palu, Indonesia turut jatuh sakit.

"Allah uji Bonda. Suami jauh di perantauan, anak-anak semua sakit.

"Baby Suci Hayfaa Medina demam batuk selesema. Bonda sendiri tak sihat. Dah macam kisah sedih.

"Tapi Bonda is reda. Mohon doa semua," tulis Yatt menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi kemaskini terbaharunya, keadaan anak-anaknya kini sudah beransur pulih.

Perkongsian Yatt itu mendapat perhatian daripada rakan selebriti antaranya Salima Habibi, Anita Baharom dan Heliza Helmi yang turut mendoakan kesejahteraan pelakon itu sekeluarga.