Pelakon Rozita Che Wan mengakui membawa tukang masak peribadi ketika bercuti ke luar negara.

Menurut Rozita Che Wan atau Che Ta, perkara itu dilakukan kerana ingin memudahkan keluarganya untuk menikmati makanan enak ketika berada di negara orang.

"Selain photographer saya juga membawa seorang tukang masak ketika berada di luar negara.

"Perkara ini dilakukan sejak dulu lagi kerana saya ingin memudahkan ahli keluarga menikmati hidangan yang enak ketika berada di luar negara.

"Ini kerana ketika berada diluar negara susah nak cari makan melayu jadi cef yang saya bawa itu akan masak makanan yang kami inginkan.

"Saya rasa tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain kerana dalam masa yang sama cef itu dapat bercuti juga bersama kami sekeluarga," katanya kepada Gempak.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Lelaki Kiriman Tuhan, di Ombak Villa, Langkawi, baru-baru ini.

Selain Che Ta, drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Harris Anuar, Remy Ishak, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).