Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina mengakui teguran daripada Ketua Juri, Datuk Ramli MS semasa sesi latihan membuatkan dirinya bersemangat melakukan persembahan di atas pentas.

Menurut Amelina, akibat terlalu berhati-hati dalam persembahan untuk televisyen, tindakkanya itu tidak disenangi oleh Ramli yang menganggap dia tidak bersungguh-sungguh dalam persembahan.

"Datuk Ramli tanya, kenapa persembahan saya tidak seperti biasa? Dia minta saya buat all out kerana katanya, itu pentas saya.

"Saya perlu jadi queen di atas pentas, jadi itulah saya lakukan.

"Dalam GV, ada kemungkinan saya perlu menyanyikan lagu balada walaupun itu bukan genre saya. Tetapi sebagai penyanyi, kita perlu ada kemampuan untuk menghayati karakter lagu yang pelbagai.

"Insya Allah, saya cuba berikan yang terbaik," katanya.

Selain Amelina, GV5 turut dibarisi 11 peserta lain seperti kumpulan Forteen, pasangan duo Billy Zulkarnain, Elite, Zamani, Safura Yaakob, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla dan Shafie Rio

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Sumber: AStro Awani