Penyanyi dan pelakon Harris Baba mengakui dia masih trauma dengan kejadian penutup lampu terkena anaknya, Aleena Ziya yang menyebabkan dagu dan tangannya melecur.

Menurut Harris, dia menganggap apa yang terjadi itu merupakan cabaran kepadanya sejak bergelar seorang ayah.

"Saya masih trauma dengan apa yang berlaku kepada anak saya kerana tidak pernah terfkir akan terjadi terhadap ahli keluarga sendiri.

"Sampai sekarang saya masih tidak dapat menerima apa yang berlaku kepada anak saya.

"Namun begitu, saya menganggap apa yang terjadi itu sebagai cabaran apabila bergelar seorang ayah," katanya.

Harris ditemui di Showcase Alec Benjamin yang diadakan di Neo Tamarind, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba berkata dia lebih suka isteri dan anak-anaknya berada di Sabah berbanding Kuala Lumpur.

"Jika isteri dan anak-anak saya berada di Sabah, keluarga mertua saya boleh tolong jagakan serta lebih terjamin keselamatan mereka.

"Lagipun isteri saya lebih suka tinggal di Sabah kerana banyak urusan yang perlu dibereskannya," katanya kepada Gempak.