Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh telah mengundang perhatian netizen apabila memuat naik foto ketika berada di mahkamah syariah.

Intan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik foto beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Dalam kapsyen foto terbabit, Intan memohon semoga segala urusannya akan dipermudahkan.

Morning!!! Semoga dipermudahkan segala urusan... ? #bondaOK #bondabukansiapasiapa #bondaaishariq #tuntutapayangpatut

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on


"Morning!! Semoga dipermudahkan segala urusan," tulisnya.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang ingin membuat tuntutan hak terhadap bekas suaminya.

"@owhdydiana: Tuntut setuntutnya bonda... Jangan tertinggal apa pun... Sebab ini sekali je boleh tuntut... Harta wang ringgit memang boleh dituntut tapi hati yang dah disakiti mana mampu nak dituntut sampai mati... Be strong bonda... semoga dipermudahkan Insya-Allah."

"@ieda_jais: Semoga keadilan berpihak kepada bonda."

"@sitizulaikaithnin: Selagi ada hak yang patut dituntut... Tuntutlah... Itu bukan hak dia... Tapi itu hak kamu dan anak-anak... Semoga dipermudahkan segalanya... Amin."

"@Khadijahhosni: Semoga dipermudahkan segala urusan. Tuntut bukan makna kita berkira... Tapi nak bantu dia dari masuk neraka... Tanggungjawab tetap tanggungjawab."

"@nick_elynn: Semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan kepada bonda."

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.