Naib juara Big Stage, Syafiq Farhain meluahkan rasa terharu apabila diberikan peluang untuk bergandingan dengan pelakon Bell Ngasri dalam filem Hero The Movie.

Syafiq berkongsi rasa hatinya menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Dulu masa kecik, aku tengok abang @bellngasri nih dalam tv je kut.. Tak sangka besar nih, diberi peluang berlakon bersama pula. Terharu pun ada @herothemovie," tulis Syafiq.

Dulu mase kecik, aku tengok abg @bellngasri nih dalam tv je kut.. Tak sangke besar nih,diberi peluang berlakon bersama plk?? Terharu pun ade ? @herothemovie ?

A post shared by AKU JATUH CINTA (@syafiqfarhain) on


Rata-rata peminat Syafiq tidak sabar mahu menantikan lakonan penyanyi pujaan mereka ditayangkan di layar perak.

Hero The Movie yang memaparkan kisah anggota bomba menjadi filem pertama lakonan Syafiq.

Sedang menjalani penggambaran, filem terbabit turut menampilkan lakonan Mark Adam, Hisyam Hamid, Riz Amin, Tauke Jambu dan ramai lagi.