Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan akui mengamalkan ayat suci al-quran untuk dibaca ketika memasak buat suami dan anak-anak di rumah.


Azian Mazwan berkongsi tips memasaknya itu bersama pengacara Jihan Muse dalam program Resepi Memikat Suami (RMS) episod terbaru hari ini.

Menerusi episod lima RMS kali ini seperti biasa artis jemputan dibawa ke pasar untuk membeli bahan mentah sebelum ke dapur memasak dua resepi istimewa buat suami mereka.

Jihan yang sudah biasa dengan suasana pasar, seperti pemandu pelancong apabila menunjukan setiap kedai yang mempunyai bahan dicari Azian.

Peserta Gegar Vaganza 2 itu memasak dua resepi kegemaran suaminya iaitu Ketam Sambil Cili serta pemanis mulut Krim Karamel.

Apa ayat yang diamalkan Azian dan bahan yang digunakan dalam Resepi Memikat Suami hari ini? Saksikannya di Astro Ria, jam 6.30 petang ini.

Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play, menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.

Teks oleh Syafiqah Jalal