Penyanyi remaja dan juga juara pertandingan Big Stage, Sarah Suhairi berkongsi fotonya yang mengundang perhatian ramai jejaka.

Foto tersebut dimuat naik menerusi salah sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Waiting for non-existent boyfriend," selorohnya ringkas di ruangan kapsyen.

Ekoran perkara tersebut, ramai peminat lelaki yang mengusik Sarah dengan mengatakan mereka mahu menjadi teman hidupnya.

"Saya nak bawa awak jumpa mak saya, saya nak jumpa mak awak juga, jom!"

"Sorry buat awak tunggu lama."

"Saya dalam perjalanan, tunggu ya," antara komen netizen.

Waiting for non-existent boyfriend

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on


Dalam perkembangan lain, Sarah bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Nyawa & Raga dalam masa terdekat.