Penyanyi Altimet telah berkongsi perasaan gembiranya apabila berjaya menyelesaikan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya.

"Harini aku berjaya settlekan PTPTN aku, memang lega rasa!

Harini aku berjaya settlekan PTPTN aku, memang lega rasa! Nak bayar macam2 cara ada, siap ada diskaun lagi haaa ? Jom tunaikan tanggungjawab untuk yang generasi muda kita pulak ah guys!✌?

A post shared by Altimet (@altimet) on


"Nak bayar macam-macam cara ada, siap ada diskaun lagi.

"Jom tunaikan tanggungjawab untuk yang generasi muda kita pulak guys," tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan Altimet membayar kembali walaupun mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan pembayaran.

"@cilisky: Terbaik bro @altimet... Should be a great role model for kids yang dah bekerja tapi liat nak bayar kat luar sana, sikit sikit jadi bukit bak kata pepatah."

"@nabilah_ishai1: Tahniah bro."

"@nadilaazhar: Alhamdulillah... dah settle juga."

Namun, ada segelintir netizen bertindak nakal meninggalkan komen gurauan di entri tersebut.

"@afqbuttowski: Hahahaha thank you abang, sebab abang dah bayar boleh lah saya guna duit itu pulak."