Pelakon cantik, Anzalna Nasir kini berada di kota Paris bersama suaminya, Hanif Zaki.

Menerusi kemas kini akaun Instagram milik Anzalna, aktres jelita itu berkongsi video aksi romantiknya bersama Hanif.

"Apabila dukung baby besar! Happy wife, happy life. Alhamdulillah. @hanif_zaki," tulisnya.

Apabila dukung baby besar! ? Happy wife, happy life. Alhamdulillah. @hanif_zaki #MeluatOrangTengok hahahahahhaha

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Di entri yang sama, Anzalna turut sempat berseloroh dengan meletakkan hashtag #MeluatOrangTengok di ruangan kapsyen.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh netizen dan peminat Anzalna, mereka membalas hashtag terbabit.

Rata-rata netizen berpendapat mereka tidak meluat apabila melihat aksi romantik Anzalna yang didukung suami dan menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang 'sweet'.





Selepas beberapa tahun menyulam cinta, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.