Bak kata pepatah, Mana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi, begitu juga kisah kehidupan anak perempuan pelakon popular, Allahyarham Azmil Mustapha turut mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang pelakon.

Menerusi status terkini di Instagramnya, @alyimn, dia memuat naik gambarnya bersama pelakon Syafiq Kyle di satu lokasi penggambaran drama.

Alyimn atau nama sebenarnya Alya Iman menyatakan dia mula berlakon untuk drama pertamanya bersama Syafiq dalam drama berjudul Senafas Rindu.

I am finally shooting my first ever drama guys!!!! and the hero is my boyfriend.. eh i mean @syafiqkylez ? @senafasrindu #senafasrindu #astromegadrama

A post shared by ALYA IMAN AZMIL MUSTAPHA (@alyimn) on


Alya kelihatan manis bertudung turut menerima pujian netizen di media sosial yang memberi kata-kata sokongan pada gadis itu untuk terus membabitkan diri dalam lakonan.

"Waaa goodluck gorgeous! you gonna shineeee in this career. Im your fans," kata @aienzahalan.

Begitu juga, ada netizen menyifatkan wajah Alya mengingatkan peminat terhadap kehebatan lakonan Azmil yang cukup popular dengan watak Ali Setan.

"Terbayang ayahanda nyer .. legend azmil mustafa .. semoga sukses sis," kata @mama_hi5.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @alyimn