Pemuzik yang juga merupakan suami kepada aktres Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude menjelaskan mereka tidak mengadakan majlis resepsi sebaliknya hanya sesi fotografi sahaja.

Kata Uda, sesi fotografi itu dilakukan dengan mengikut konsep ala-ala perkahwinan sebenar.

Ude menjelaskan perkara tersebut menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dan isteri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua team dan krew yang bertungkus-lumus menjayakan SESI FOTOGRAFI kami dengan konsep yang dibuat ala-ala majlis sebenar. Maaf kepada semua yang ingat saya tak jemput mereka… Bukan majlis ye… sesi fotografi je,” jelasnya.

Dalam pada itu, Izreen juga turut berkongsi kembali (repost) entri tersebut di akaun Instagramnya.

“Sorry kepada sahabat-sahabat, saudara-mara, pihak media dan kepada semua. Yang ingat kami tak jemput maaf yer, fotoshoot jer pun.

“Dan ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak sponsor yang menjayakan photoshoot kali ini.

"Tiptop! Memang betul-betul ikut konsep yang korang dah plan, konsep 'wedding sebenar', tulisnya.


Terdahulu, nama pasangan ini kembali hangat diperkatakan selepas Izreen berkongsi foto-foto majlis resepsi mereka menerusi akaun Instgaramnya semalam.

Izreen dan Ude melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.