Pelakon dan usahawan, Datuk Dr. Boy Iman mengakui hilang segalanya ekoran kontroversi yang membabitkan dirinya dan isu rumah mampu milik setahun lalu.

Kata Boy Iman, bukan hanya dirinya malah isteri, anak-anak dan keluarga turut merasa tempias kontroversi terbabit.

"Tidak lari, tidak gila, tutup syarikat atau semaksud dengannya.

"Walaupun diri ini kadang kala goyang, tidak mampu, tidak kuat, penat dalam menghadapi dugaan, ujian, cabaran, kritikan, kecaman dan sebagainya yang sangat negatif.

"Bukan sahaja saya, isteri, anak-anak, keluarga, staf, kawan-kawan dan rakan niaga merasa tempiasnya.

"Hinggakan saya hilang segala-galanya, kepercayaan, kewangan, harta, maruah, nama, imej, pengaruh dan sebagainya.

"Saya percaya ianya bukan pengakhiran kepada hidup saya. Titik hitam ini akan membuatkan saya lebih beringat, lebih pandai, lebih bersyukur, lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan sebagai hamba, selebriti dan ahli perniagaan.

"Orang mungkin boleh bunuh jasad saya, tetapi tidak roh saya. Saya doakan mereka yang menganiaya saya, menfitnah saya, menzalimi saya, mengadu domba saya utk diberi hidayah dan balasan yang setimpal oleh Allah," tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Hari ini dalam sejarah, Setelah setahun "musibah" yang berlaku pada diri saya dan syarikat saya masih berada disini, Mempertahankan perjuangan untuk menjadi "Peneraju Rumah Mampu Milik". Masih teguh dengan "baju" syarikat saya, DBI Technology Sdn Bhd. Masih mampu berdiri, tersenyum, berusaha membersihkan, menyelesaikan, masih mencari "jalan", dipinjamkan kekuatan utk terus berjuang.. Tidak lari, tidak gila, tutup syarikat atau semaksud dengannya.. Walaupun diri ini kadang kala goyang, tidak mampu, tidak kuat, penat dalam menghadapi dugaan, ujian, cabaran, kritikan, kecaman dan sebagainya yg sgt negatif. Bukan sahaja saya, isteri, anak2, keluarga, staff2, kawan2 dan rakan niaga merasa tempiasnya. Hinggakan saya hilang segala-galanya, kepercayaan, kewangan, harta, maruah, nama, imej, pengaruh dan sebagainya. Saya percaya ianya bukan pengakhiran kepada hidup saya. Titik hitam ini akan membuatkan saya lebih beringat, lebih pandai, lebih bersyukur, lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan sebagai hamba, selebriti dan ahli perniagaan. Orang mungkin boleh bunuh jasad saya, tetapi tidak roh saya. Saya doakan mereka yg menganiaya saya, menfitnah saya, menzalimi saya, mengadu domba saya utk diberi hidayah dan balasan yg setimpal oleh Allah taala. Setiap penderitaan, kesusahan, keaiban, kesedihan saya dibalas. Jika benar saya salah, saya telah didakwa. Menjalani hukuman penjara seperti yg berlaku kepada "mereka" yg ditangkap bersama saya. Setelah hampir setahun dari tarikh saya ditangkap, 2hb Oktober 2017 sehingga hari ini, saya x didakwa. Lbh dr 30 pegawai penyiasat, lbh dr 10 balai polis dan lbh dr 10 lokap yg saya msk telah saya jalani & lalui dgn tenang selama 18 hari. Muka saya keluar di semua media cetak dan media elektronik. Nafas saya seakan terhenti diketika itu, Hanya Allah sahaja yg tau. Andai selepas ini saya didakwa ianya dek kerana episod hitam yg saya lalui bersama dbi properties sdn bhd yang memberi kesan kepada syarikat saya skrg, dbi technology sdn bhd. Mintak simpang 44, Mohon doa dr semua agar ianya dijauhkan. Semoga ada pelangi setelah hujan turun. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman) on


Pada 2 Oktober 2017, media melaporkan Boy Iman bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Resources ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

"2 Oktober 2017 sehingga hari ini, saya tak didakwa.

"Lebih dari 30 pegawai penyiasat, lebih dari 10 balai polis dan lebih dari 10 lokap yang saya masuk telah saya jalani dan lalui dengan tenang selama 18 hari.

"Muka saya keluar di semua media cetak dan media elektronik. Nafas saya seakan terhenti diketika itu,
Hanya Allah sahaja yang tau.

"Andai selepas ini saya didakwa ianya dek kerana episod hitam yang saya lalui bersama DBI Properties Sdn. Bhd. yang memberi kesan kepada syarikat saya skrg, DBI Technology Sdn. Bhd.," tambahnya.