Apa salahnya untuk anda mencabar ketakutan anda dengan Sunway Lagoon Nights of Fright (NOF6) tahun ini.

Sempena dengan festival Halloween, NOF6 menyediakan pelbagai tarian baharu termasuk lapan buah rumah hantu yang anda tidak patut lepaskan.



Lapan rumah hantu yang dimaksudkan ialah Wendigo- The Legend In The Mist, Phobia: Coulrophobia- The fear of Clowns, Slaughterhouse 13, Zombie Zoo, Scarytales Theather, Ghostbusters, Ghost Face- The Face To Make You Scream In UV3D dan Jampi- Enclave of Torture.

Apa kata, kami kongsikan sendiri pengalaman menakutkan NOF6.

1. Wendigo – The Legend in the Mist (***/5)
Rasai pengalaman ngeri berdepan dengan mitos dan raksasa yang bersemangat kanibal! Jaga-jaga, mereka makan manusia!

2. Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns (***/5)
Jaga-jaga, badut ini bukan melucukan dan membuatkan anda tersenyum, tetapi mereka mengerikan!

3. Slaughterhouse 13 (****/5)
Rasai pengalaman kembali ke pusat penyembelihan Chan yang sudah lama ditinggalkan gara-gara seorang pekerja yang menemui badan yang tergantung dalam peti sejuk.



4. Zombie Zoo (****/5)
Bukan sebarang zoo kerana ia menempatkan banyak haiwan yang mengerikan!
Siapa yang mudah melatah memang habislah kalau masuk dalam ni...



5. Ghostbusters (***/5)
Ada juga tau hantu yang menghuni bandar New York, hantu moden lagi tu! Rasai pengalaman terbabit bersama permainan lampu!

6. Scarytales Theater (*****/5)
Dengarkan kisah mistik yang melibatkan pontianak, toyol dan pocong. Jaga-jaga, mereka mengelilingi anda dan menghantui anda sepanjang malam!
Senang cakap hantu Melayu juga paling scary.

7. Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D (****/5)
Menakutkan! Mimpi ngeri yang paling menyeramkan bakal menghuni hidup anda dalam rumah hantu ini!



8. Jampi - Enclave of Torture (***/5)
Salem Witch, Malay Dukun, Indian Witch dan Chinese Witch bakal menyapa anda apabila anda menghampiri kawasan ini dengan mantra dan ritual yang menyeramkan!

NOF6 bermula pada 28 September sehingga 31 October 2018 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam.

Dapatkan tiket berharga RM69 untuk merasai semua permainan dan tarikan di NOF6.