Selepas akaun Instagram (IG) penyanyi Aliff Aziz digodam, terbaharu wujud pula akaun IG palsu menyamar sebagai penyanyi tersebut.

Aliff menerusi akaun IG baharunya @aliffazizofficial itu mendedahkan IG palsu @aliffazizofficiall yang diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu merayu agar individu tidak bertangunggawab berkenaan berhenti melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

Malah Aliff meminta agar peminatnya supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu yang baru diwujudkan itu.

“As if hacking my previous account wasn't enough. This account is made by an individual that has nothing better to do. To everyone this is a FAKE account. My account is 'aliffazizofficial' with a single 'L' in 'official'.

“To you individuals that have too much time on your hands, stop doing these nonsense to confuse my followers. Please report these fake accounts to Instagram everyone. Much love,” tulisnya.

Aliff mewujdukan sebuah akaun baharu itu sejak empat hari lalu selepas akaun lamanya digodam.