Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi video pengembaraan pertama bersama anaknya, Siti Aafiyah ke Jepun.

Melalui laman Instagram (IG) miliknya, Siti berkongsi video yang memaparkan perjalanan mereka sekeluarga bersama dan ia mendapat perhatian netizen.

Alhamdullilah, First trip aafiyah ke Japan.. tq @happikiddo_ for the baby carrier #iangel

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"Alhamdulillah first trip Aafiyah ke Japan," tulis Siti.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Aafiyah kerana berkelakuan baik sepanjang perjalanan itu.

"@ninaismailsabri: Good girl Aafiyah."

"@ohbeautyfairies: Alhamdulillah..baiknya Aafiyah senyap je..Hehe semoga selamat pergi dan balik..Happy holiday Datuk Siti dan family."

"@noor.waheedah.9: Bestnya dia tidur dalam kapal terbang..Enjoy the holiday Aafiyah."

"@baharystylophonic: Anak Jepun balik negeri..hehe good girl lah dia."

Video itu telah mendapat hampir 700,000 tontonan dan lebih 1000 komen dalam ruangan video tersebut.

Siti dan keluarga berada di Jepun untuk menghadiri Festival Muzik Asean di Jepun.

Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan cahaya mata pada 19 Mac lalu.