Kapsyen sebuah entri di akaun Instagram (IG) milik aktor Datuk Adi Putra mendapat perhatian peminatnya.

Adi menimbulkan persoalan mengenai apa yang dia mahu lakukan dalam hidupnya

Menerusi kapsyen tersebut, Adi seolah-olah mendedahkan dia sebenarnya tidak mahu menjadi seorang selebriti dan mahu lalukukan satu perubahan.

“If u were to ask me what i want to do, i don’t want to be a Celebrity. Only i know what i want. I want to make a 'CHANGED'..." tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada peminatnya yang rata-rata memberi pendapat berbeza.

“Jadi selebriti boleh sahaja melakukan apa perubahan yang anda mahu. Ia anugerah dari Allah."

“Buat sahaja apa yang awak mahu lakukan asalkan tahu batas agama."

“Tapi awak dah pun jadi selebriti, teruskan sahaja dan berusaha ke arah kebaikan,” antara komen peminatnya.

If u were to ask me what i want to do, i don’t want to be a Celebrity. Only i know what i want. I want to make a “CHANGED”. ? #taatpadayangsatu #adpwithummah

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on