Penyampai radio, Fizi Ali mengakui gembira apabila isterinya, Shakilla Khoriri kini sedang hamil anak pertama mereka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizi menjelaskan bahawa dia tak menjangkan bahawa tidak lama lagi akan bergelar seorang bapa.

"Tak tau nak cakap macam mana. Perasaan gembira sedih semua ada.

"Rasa macam baru semalam je kawin dan tak lama lagi nak jadi bapak pulak.

"Alhamdulillah, tapi baby ni active sangat macam mak dia, tak leh duk diam," tulisnya.

tak tau nak cakap macam mana..perasaan gembira sedih semua ada ...rasa macam baru semalam je kawin..tak lama lagi nak jadi bapak pulak..alhamdulillah..tapi babyy ni active sgt macam mak dia,tak leh duk diam...??? @shakillakhoriri

A post shared by Fizi Ali (@fizialisuria) on


Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Shakilla dan bayinya sentiasa sihat.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari lalu. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai tahun lalu selepas empat tahun bercinta.