Konsert minggu pertama GegarVaganza 5 (GV5) menyaksikan Amelina menduduki tangga teratas dengan jumlah markah 73.8%.

Bertemakan ‘Oh Dia Ke?’, Amelina telah menyampaikan tiga buah lagu iaitu Asyik, Memori Daun Pisang dan Rindu secara medley.

Selain kehebatan persembahan 12 bintang, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Di sini Gempak kongsikan corat - coret semasa siaran langsung GV5 yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1.Rasa macam tengok perlawanan akhir bola sepak pula, meriah sungguh! Konsert belum mula tetapi peminat dah mula bersorak nama-nama bintang GV5 dengan penuh semangat.

2.Penggunaan drone yang membawa nama-nama juara terdahulu oleh pihak produksi ternyata membuat penonton kagum. Cayalah team produksi! Tak pernah mengecewakan.

3.Bekas bintang GV, Liza Hanim dan Siti Sarah membuka tirai konsert dengan menyanyikan lagu-lagu popular bintang-bintang GV5. Apa yang menarik perhatian, Liza Hanim kerap menggosok ‘baby bump’ sambal tersenyum ketika giliran Siti Sarah menyanyi.

4.Busana yang digayakan oleh Maya agak ketat sehingga menyebabkan penyanyi itu agak sukar untuk berjalan.

5.Lain pula dengan Jihan, hos GV5 itu hampir tersungkur ketika menaiki tangga kerana busana yang dipakainya agak labuh ditambah pula dengan kasut tinggi yang dipakai oleh Jihan. Mujurlah ada Nabil sebagai penyelamat.

6.Bagaimanapun aksi Jihan berpaut pada lengan Nabil ketika hampir tersungkur itu agak lucu membuatkan penonton yang duduk dibarisan hadapan ketawa. Boleh bayang tak muka Jihan macam mana? Heheh.

7.Paling comel apabila Jihan nak naik tangga pentas, terkedek-kedek macam penguin. Cute sangat. Hehehe.

8.Difahamkan Dia Fadila terlalu gemuruh sehingga tangannya menggigil sebelum persembahan bermula.

GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan “on demand” untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Layari www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.