Majlis bertemakan 'fairy tale' itu berlangsung di ruang acara terkemuka di Kuala Lumpur.
Mia telah mengenakan sepasang gaun berwarna biru turqoise yang menyerlahkan personaliti 'sweet' dirinya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen telah menulis ucapan terhadap Mia dan memuji tema majlis hari jadinya itu.
Terkenal dengan watak-watak comel ketika usia kecil, Mia mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi filem, siri TV dan telefilem tempatan.