Penyanyi Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah menceritakan pengalaman berdepan dengan bencana taufan yang berlaku di negara Jepun.

Sedang bercuti di negara matahari terbit itu, Hafiz berkongsi detik ketika bencana itu berlaku di laman Instagram miliknya.

Menurut Hafiz, mereka telah diarahkan untuk berada di dalam hotel penginapan sehingga keadaan selamat.

Ya Allah permudahkan lah urusan kami..hari ni berita di okinawa southern japan telah dilanda typhoon trami dan baru tadi kami diberitahu semua orang diarah untuk duduk di dalam bangunan sahaja..Alhamdulillah kami dah sampai di bilik hotel dan menanti berita dalam tv...(sebab tadi kitorang masuk tv jepun hahahaha walaupun sepatah tak paham janji dapat tengok diri dalam tv jepun ?)

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on


Penyanyi itu juga melahirkan rasa syukur kerana dia dan isteri selamat sampai di hotel dan menanti perkembangan terkini menerusi berita yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan semoga Hafiz dan isteri selamat dan dipermudahkan urusan dalam menempuh bencana alam tersebut.