Selebriti popular, Wardina Safiyyah menyelar komen netizen yang mengkritik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sehingga dituduh menipu pengundi.

Merujuk pada satu status yang dimuatkan selebriti itu menerusi Instagramnya, @wardinasafiyyahofficial menyatakan pandangannya untuk mempertahankan pemimpin itu.

"Saya lebih kenal beliau dari anda yang taksub dan gemar membaca cerita dari Internet yang ditulis oleh mereka yang memang sengaja mahu menimbulkan persepsi bukan-bukan.

"Dan buat semua yang menggelar Dr Maszlee munafik atau saya munafik... moga sempat memohon maaf. Beratnya tuduhan anda," katanya.

Tegasnya, sebagai seorang muslim, dia menunaikan semua tanggungjawab agama sebaiknya.

"Apa pun yang Dr Maszlee lakukan segalanya tidak akan baik dimata anda, walaupun hakikatnya dia bersungguh-sungguh cuba yang terbaik.

"Dr Maszlee bukanlah orang yang tidak mendengar kata anda atau rakyat. 'I trust his decision and if you don't? Well too bad, deal with it'," katanya.

Hiiii, saya ada sini. Kadang2 malas nak balas post banggang macam ni. Ok here goes... Yup Dr Maszlee memang orang baik, baik kot dari korang dan saya akan terus pertahankan beliau. Saya lebih kenal beliau dari anda yang taksub dan gemar membaca cerita dari internet yang ditulis oleh mereka yang memang sengaja mahu menimbulkan persepsi bukan2. Apakah anda ingat system rosak yang diwarisi dari kerajaan BN begitu mudah diubah dalam masa beberapa bulan? Dan buat semua yang menggelar Dr Maszlee munafik atau saya munafik...moga sempat memohon maaf. Beratnya tuduhan anda. Saya seorang Muslim, cuba menunaikan semua tanggungjawab agama sebaiknya. Anda jawab dihadapan Allah kelak. Yelah dik, itu video pilihanraya...motif nak up balik sekarang? Kalau pilihanraya memanglah kita kempen, dengki sangat kan? Korang nanti kempen la pilihan korang pulak. Urgh don't believe I am replying these idiots. Apa pun yang Dr Maszlee lakukan segalanya tidak akan baik dimata anda, walaupun hakikatnya dia bersungguh2 cuba yang terbaik. Dr Maszlee bukanlah orang yang tidak mendengar kata anda atau rakyat. I trust his decision and if you don't? Well too bad, deal with it. Apa saja pemimpin PH buat ada saja yang akan spin, take it out of context dan menyalak macam...Listen folks... get a life, move on... as much as you don't like it, I am repeating this again... people chose him and PH to lead. There are countless of hikmah when BN lost. Deal with it. Respect that for that is democracy. Now stop whining. Do something better with your lives like actually try and engage in respecful dialogues. Tak main la maki2 ni dan up status macam budak2 macam ni. Sedap je cakap nak suruh tanggung dosa orang lain. Cik ni sanggup ke tanggung dosa maki orng? It is those not from UIA yang bising lebih2. It is those not fom Sg Renggam yg lebih2. It is those who have never spoken nor met him yang lebih2. Sorry guys, you continue your whinning... Dr Maszlee will continue to do his best. And I could not care less about posts like these. I have other things to do. Kalau puas hati post benda2 banggang macam ni teruskanlah dik. Asalkan gembira. Ok done meroyan. Vote Dr Maszleeee!!! Dr Maszlee forever!!! Haha. ?

A post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial) on


Wardina percaya ada hikmah di sebalik kejatuhan kerajaan terdahulu.

"Deal with it. Respect that for that is democracy. Now stop whining. Do something better with your lives like actually try and engage in respecful dialogues. Tak main la maki2 ni dan up status macam budak2 macam ni," katanya.

Wardina juga menyatakan Dr Maszlee akan berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat.

"Kalau puas hati post benda2 banggang macam ni teruskanlah dik. Asalkan gembira. Ok done meroyan. Vote Dr Maszleeee!!! Dr Maszlee forever!!! Haha," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Facebook - Wardina Safiyyah OfficialPage