Pelakon filem PASKAL The Movie, Ammar Alfian berkongsi paparan skrin perbualannya bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ammar memuat naik paparan skrin terbabit menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, @ammar_alfian.



"From the Crown Prince Of Johor himself. @hrhcrownprinceofjohor #bangsajohor #proudjohorean #paskalthemovie," tulis Ammar.

From the Crown Prince Of Johor himself. @hrhcrownprinceofjohor #bangsajohor #proudjohorean #paskalthemovie

A post shared by Ammar_Alfian (@ammar_alfian) on


Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Ammar dibanjiri dengan pujian peminat yang menyukai hasil lakonannya dalam filem PASKAL The Movie.

Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mendapat perhatian ramai pihak.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!