Selepas 13 tahun filem dan siri Gol & Gincu dilancarkan, kini ia muncul kembali dengan barisan pelakon serta kisah baru yang telah ditamatkan.

Peminat filem yang pernah menjadi fenomena ini pasti teruja untuk menyaksikan Gol & Gincu Vol. 2 (GG2).

Meskipun bukan tampil sebagai sekuel kepada filem sebelum ini, namun dua pelakon asalnya Sazzy Falak dan Sharifah Amani masih kekal membintangi Gol & Gincu.

Namun adakah wajah dan karakter mereka masih sama selepas sedekad?

Berikut perbezaan wajah dan karakter mereka:

Sazzy Falak



Sazzy masih memegang nama watak yang sama iaitu sebagai Shasha. Jika dulu di dalam filem Gol & Gincu dia seorang pelajar kolej yang muda remaja dan berperwatakan sedikit antoganis, kini sepenuhnya berbeza.

Wajah Sazzy tidak banyak berubah dan awet muda meskipun kini berusia 38 tahun tetapi dia kelihatan sangat bertenaga. Apatah lagi membawa watak sebagai coach atau jurulatih futsal.

Sharifah Amani



Amani turut memegang nama watak yang sama iaitu sebagai Jijie. Ketika dalam filem Gol & Gincu sebelum ini, Jijie seorang anak muda yang mempunyai konflik dalam kehidupannya.

Namun dalam GG2, ia sepenuhnya berbeza bukan sahaja dari segi penampilan yang lebih sopan dengan penampilan bertudung, malah karakter Jijie juga semakin matang kerana dia seorang pengasas kepada sebuah pusat rumah pelindungan yang diberi nama 3R.


Filem arahan sulung Umi Salwana Omar itu turut dibarisi pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi Nazeera serta wajah baharu lain seperti Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf.

Terdapat juga wajah baru lain seperti Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhan, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

Astro Gempak akan menjadi hos kepada laman web rasmi GG2 di mana penonton yang belum berpeluang menonton filem asal yang dihasilkan pada tahun 2005 dapat menyaksikan dan mengetahui lebih lanjut mengenai barisan pelakon, kisah di sebalik tabir dan pelbagai promosi hebat GG2.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.