Penyanyi, Aril Pilus membenarkan isterinya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin untuk meneruskan kerjayanya sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Aril menjelaskan perkara itu menerusi kenyataan di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus berkata, dia membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu menghalang minat isterinya dalam bidang tersebut.

“Bila tiga tahun dia tak kerja tu, aku kesian pula sebab rasa macam dah kuburkan satu cita-cita dia, mana tidaknya, tiga tahun tak kerja cerita dia tetap sama.

“Kapal terbang, cabin crew, flight sana, flight sini, arm door, sit belt, galley, coffee tea bla bla bla, sampai naik menanah telinga aku.

“Jadi memang nampak la tu satu-satunya cita-cita dia, so bila ada peluang ni aku sebagai suami yang faham tentang perasaan dan cita-cita ni, aku izinkanlah.

Mula2 org tanya pasal bini keje cabin crew ‘ang tak takut ka kapal terhempas?’ ‘Ang tak tengok MH370 ka MH17 ka?’ Aku mcm #PEDIH gak la nak telan soalan2 mcm tu, tu pasal kasik dia mengandung 1 kali, alasan untuk dia stop keje dgn saudi airlines ???? biar dia tau mengandung tu cane rasa dia! Bahahha! Tapi now lain skit la, bila 3thn dia tak keje tu, aku kesian pulak sebab rasa mcm aku dah kuburkan 1 cita2 dia, mana taknya, 3thn dia tak keje tu, cite dia tetap sama, kapal terbang, cabin crew, flight sana, flight sini, arm door, sit belt, galley, coffee tea bla bla bla, sampai naik menanah telinga aku ??, so mmg nampak la tu satu-satunya cita2 dia, so bila ada peluang ni, aku sebagai suami yg paham tentang perasaan dan cita2 ni, aku izinkanlah. Insyaallah pasti ada hikmah dari Allah swt dari setiap perkara yang berlaku, and now bila org tanya pasal bini fly balik ni, aku senyum jelah, sebab aku sendiri ada cita2 aku, aku tak nak cita2 tu hanya tinggal kenangan! Aku nak capai cita2 jugak, so isteri tak bole halang ok! Sebab aku da bagi chance jugak ??? sebut pasal ajal ni, mana2 pon bole mati, chill sudah, percaya dengan takdir Allah swt. Aku redha apa pun yg bakal berlaku ? goodluck isteri, yg penting, awak joget mcm @beyonce tahan kentut ??????

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus) on

Jelas Aril lagi, dia amat menghormati minat dan kerjaya isterinya yang sudah berada dalam industri penerbangan hampir enam tahun sebelum ini.

“InsyaAllah pasti ada hikmah dari Allah SWT dari setiap perkara yang berlaku, dan sekarang bila orang tanya pasal isteri fly balik ni, aku senyum jelah.

“Sebab aku sendiri ada cita-cita, aku tak nak cita-cita itu hanya tinggal kenangan! Aku nak capai cita-cita juga, jadi isteri tak bole halang ok! Sebab aku da bagi chance juga.

“Sebut pasal ajal ni, mana-mana pun bole mati, chill sudah, percaya dengan takdir Allah SWT. Aku redha apa pun yang bakal berlaku. Good luck isteri,” tulisnya.

I’m gonna misss every each one of my batchmates! This 4 months of training will remain as our good memories. . . Everyday gelak mcm org gila dgn perangai masing masing dalam kelas! Dengan every instructor kita pun sama semua baik baik and kelakar nak mati. . . Everyone struggle dgn exams yg bertimbun timbun, our teamwork, hardworking, stress dgn exams. The struggle of being MAS cabin crew is real. . . Congratulations everyone! We did it!! 4 bulan training OMG!! Tired okay! Anyway see you onboard everyone!! Do take care and love you girls! ? let’s fly high ✈️✈️

A post shared by Puteri Edlinda (@puteriedlinda) on

Terdahulu, Edlinda sebelum ini merupakan pramugari di Syarikat Penerbangan Saudi Arabian Airlines.