Konsert pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) telah berlangsung dengan meriah di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Bertemakan ‘Oh Dia Ke?’, 12 peserta telah berentap buat pertama kalinya dengan memberikan persembahan hebat dan memukau.

Konsert minggu ini menyaksikan tiada penyingkiran dan kumpulan Forteen menerima Cuckoo Paling Gempak hasil undian peminat sepenuhnya

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos.

Pemarkahan perserta adalah sepenuhnya daripada juri yang mana masih mengekalkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap serta juri jemputan untuk minggu ini Datuk AC Mizal.

GV5 yang akan bersiaran selama lapan minggu itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:
  1. Amelina, 73.8% - Asyik, Memori Daun Pisang, Rindu
Datuk Khadijah Ibrahim- Kita mahu lihat kelainan selepas ini dan moga maju jaya kerana kita mahu Amelina terus kembali ke dalam industri.
Datuk AC Mizal- Vokal kamu menyeronokkan
Datuk Ramli MS - Vokal kamu cantik
  1. Zamani, 72% - Gerimis Mengundang
Datuk Ramli MS- Bakat kamu sangat besar yang Tuhan bagi. Jangan bazirkan dan ambil peluang dalam industri ini.
  1. Shafie Rio, 64% - Haruskah
Datuk Khadijah Ibrahim- Dah lama saya tunggu persembahan dan nyanyian begini. Perfect!
  1. Maya Matahari, 63% - Matahari.
Datuk Khatijah Ibrahim- Persembahan yang menakjubkan. Harap lepas ini kita boleh tengok lebih banyak lagi persembahan Maya
  1. Dia Fadhila, 58.9 %- Aku Masih Setia
Datuk Ramli MS - Kamu tidak menyanyi tadi. Teknikal mantap tapi gugup kamu tadi tak dapat dikawal. Kedudukan kamu diaras orang yang boleh menyanyi.
  1. Forteen, 55.5% - Berdua Bersatu
Datuk AC Mizal - Bila berkumpulan ni ada kekurangan dan kelebihan, sebenarnya tadi saya mahu dengar harmonik tapi saya tak dapat. Saya juga tak nampak pergerakan setiap anggota. Tapi overall great performance!
  1. Hetty Sarlene, 54.5% - Sangsi Asmara
Datuk Ramli MS - Agak bagus kalau seorang pelakon boleh menyanyi begini. Harap awak boleh bersaing dengan yang lain
  1. Farawaheda, 53.3% - Tanpamu
Datuk AC Mizal - Vokal jaga-jaga kerana lari tempo. Titik berat juga persembahan, sebab mula nampak tegang tapi lepas rap baru nampak relaks. So lepas ni, kena enjoy!
  1. Safura, 53.1%- Sedalam Mana Cintamu
Datuk Khadijah Ibrahim- Banyak yang perlu jaga. Ini pertandingan jadi banyak lagi perlu diperbaiki kerana 10 tahun sudah tak menyanyi but overall terbaik.
  1. Noryn Aziz, 51.9% - Fantasi Atau Realiti
Datuk Ramli MS - Jangan selepas satu setengah minit baru boleh menyanyi kerana menyanyi tidak boleh gugup, buang masa.
  1. Billy Zulqarnain, 49%- Hati Terluka
Datuk AC Mizal - Saya tahu kamu boleh menyanyi tapi paling oenting jangan hilang elemen R&B dalam persembahan.
  1. Elite, 46% - Tamparan Wanita
Datuk AC Mizal- kita tahu vokal bukan kekuatan tapi kamu semua dikenali lebih kepada persembahan pentas, itu yang kita lihat malam ini.