Penyanyi Adibah Noor tampil memberikan pandangan terhadap ucapan seorang artis ketika Anugerah Planet Muzik (APM2018) di Singapura baru-baru ini.

Jelas Adibah, setiap majlis anugerah (muzik) mempunyai mekanisma tersendiri untuk setiap karya diiktiraf sebagai pemenang.

"Sorry to burst your bubble. Selalunya program anugerah muzik, calon-calon adalah final list yang telah dijurikan daripada penyertaan-penyertaan lain.

"Yes. Penyertaan. You kena hantar lagu untuk sertai.

"So... Bukan soal diterima di Malaysia atau tidak.

"Apa-apapun, tahniah sebab menang," tulis Adibah menerusi ruangan Twitter peribadinya pada malam berlangsungnya APM2018 baru-baru ini.


Dalam pada melontarkan pendapat, Adibah mengakui penyanyi tersebut lebih cemerlang daripadanya dalam industri hiburan dan punyai bakat tersendiri.

"She's doing just fine. Even better than me. In fact... I tak boleh buat apa yang dia buat. Menanyi sambil menari. Good job," tambahnya.



Bagaimanapun, Adibah tidak menyebut nama mana-mana artis daripada mana-mana negara yang hadir dan menang pada APM2018.

APM2018 menjulang beberapa penyanyi tempatan dalam anugerah yang dipertandingkan antaranya Khai Bahar, Ayda Jebat, Haqiem Rusli dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.