Selepas muncul 'daring' di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) baru-baru ini, pelakon Nazim Othman kembali mencuri perhatian netizen menerusi entri terbaharu di Instagramnya.

Dua keping foto di tepi sebuah tasik yang dimuat naik Nazim memperlihatkan sebahagian badannya termasuk abdomen yang ber-six pack.

"Nak tahu apa yang kelakar sangat? Awak lah," tulisnya dalam sekeping foto kandid.

Nak tau apa yang kelakar sangat ? Awak la. ?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Bagaimanapun, selain pujian peminat yang teruja melihat gambar berkenaan, ada segelintir netizen yang menyifatkan pelakon itu menyunting foto berkenaan terutama pada bahagian abdomen.

Namun, setiap kritikan itu dijawab Nazim dengan sindiran yang pedas!





Dalam perkembangan lain, Nazim turut meletakkan sepotong teaser lagu cover bersama Idayu (AF Megastar).

Ok dah keluar kat youtube. I’m honoured to pair with @idayuofficial for this project. . Terima kasih Idayu! ?? Boleh tengok full version. Link in my bio. Hope U guys could appreciate this. ? ? - @bleenkmedia

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Lagu nyanyian asal Kelly Clarkson dan Justin Guarini itu pernah dinyanyi dinyanyikan semula dalam bahasa Korea oleh Jang Ri In ft Xiah Junsu sekitar tujuh tahun lalu.