Pelakon Sharifah Sakinah telah menarik perhatian netizen apabila bertindak nakal memuat naik sebuah video yang kononnya memerli pelakon dan penyanyi, Janna Nick.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Sakinah telah membuat video membuat ucapan sempena ulang tahun kelahiran pelakon, Fazura.

Happy birthday kakak baby @missfazura from your baby kakak ♥️♥️♥️♥️ love you too @Jannanick #wishservicebyjannanick

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


Lebih melucukan, usai merakamkan ucapan hari jadi itu, Sakinah turut menerima not kertas bernilai RM50 menyamai harga yang ditetapkan oleh Janna untuk servis ucapannya di Instagram.

Rata-rata pengikut Sakinah berasa terhibur dengan video perlian itu.

"@sopheakhayla: Bongoklah hahahahaha terhibur teruk aku."

"@izyash: Hahaha perli kuat ni."

"@lurve_stitch: Haha terbaik kinah. Tak pernah mengecewakan."

"@sitisalbiahali: Hahahaha aku suka betul la Kinah ni eeee hahaha."

"@aliasabrina.ramlee: Macam gampang menganjing. Hahahaha lawak la."

Terdahulu, Janna telah membuat perkhidmatan terbaru iaitu servis membuat ucapan kepada peminatnya dan dikritik netizen.