Usai Big Stage, Syafiq Farhain terus memulakan penggambaran filem pertamanya berjudul Hero The Movie.

Filem yang mengisahkan kehidupan bomba itu akan turut dibintangi oleh Mark Adam, Bell Ngasri, Tauke Jambu dan Hisham Hamid.

"Dalam filem ini saya melakonkan watak sebagai seorang penyelia, kalau realitinya saya cuma pegawai biasa tapi dalam filem ini naik pangkat sikitlah.

"Bila sebut nama senarai pelakon, mesti semua boleh agak filem ini bergenre komedi.

"Sebagai pendatang baharu, semestinya saya perlu berguru dengan pelakon yang lebih otai dan berbakat.

"Saya pula tak pernah berlakon atau keluar televisyen, sekadar berlakon dalam muzik video bolehlah...

"Ini filem besar, banyak lagi perlu saya belajar," katanya ketika ditemubual HLive.

Big Stage baru-baru ini menyaksikan Syafiq menduduki tangga kedua selepas Sarah Suhairi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).